Pages

Sunday, June 10, 2012

Budak jatuh 10 meter kritikal

myMetroBudak jatuh 10 meter kritikal:


SURREY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bertarung untuk hidup selepas terjatuh hampir 10 meter dari jambatan tali ketika beratur untuk menaiki permainan Tomb Blaster di taman tema Chessington World of Adventures, di sini, semalam.
Jessica Blake terperosok dalam lubang di lantai papan jambatan tali berkenaan. Jessica mengalami keretakan pada tulang tengkorak kepalanya, patah tulang rusuk dan pendarahan di hati serta buah pinggangnya. Ibu bapanya Darren Blake dan Sarah Archer yang sudah bercerai setia menemaninya ketika mangsa menjalani rawatan di Hospital St George di selatan London. Keadaannya dilaporkan kritikal.

Pakar pediatrik hospital itu memberitahu Jessica mengalami kecederaan parah di bahagian kanan otaknya.
Ibu saudara mangsa, Carly Hyde dari Watford berkata: “Terdapat lubang di jambatan tali itu kerana satu atau dua daripada lantai papannya sudah tiada. Ketika kejadian berlaku, Jessica berjalan di depan ibunya dan tiba-tiba Sarah melihat dia terperosok ke dalam lubang itu,” katanya. Hanya dua minggu lalu Jessica yang tinggal dengan ibunya di Sheerness, Kent menjadi gadis pembawa bunga dalam majlis perkahwinan bapanya. - DM

No comments:

Post a Comment