Pages

Thursday, June 14, 2012

Bekas presiden dijel 20 tahun

TUNIS: Mahkamah tentera Tunisia semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas Presiden Zine el Abidine Ben Ali yang digulingkan awal tahun lalu.
Bekas pemimpin itu didapati bersalah atas pelbagai tuduhan, termasuk mendorong pembunuhan, pada perbicaraan yang diadakan tanpa kehadirannya.

Zine el Abidine yang kini hidup dalam buangan di Arab Saudi juga didapati bersalah kerana menyebabkan keganasan hingga menyebabkan empat pemuda ditembak mati di bandar Ouardanine Januari tahun lalu.
Empat mangsa itu ditembak mati ketika cuba menghalang pesawat anak saudaranya, Kais, meninggalkan negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment