Pages

Saturday, June 30, 2012

Bekas menteri Hosni dijel



         
KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir semalam mengarahkan bekas Menteri Minyak negara itu - juga sahabat karib Hosni Mubarak - dipenjara 15 tahun selepas didapati bersalah melakukan rasuah dalam penjualan gas asli ke Israel.

Sameh Fahmy dan ahli perniagaan, Hussein Salem, didakwa menjejaskan kepentingan Mesir dengan mengeksport gas asli itu ke Israel dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran dunia.


Bagaimanapun, perbicaraan itu dilangsungkan tanpa kehadiran Hussein yang kini ditahan di Sepanyol. Sebelum ini, Hussein melarikan diri daripada pihak berkuasa Mesir lebih setahun sebelum ditangkap di Sepanyol awal tahun ini.

Hussein didakwa menjual lima vila mewah kepada Hosni dan keluarganya dengan harga murah sebagai imbuhan kerana mendapat kontrak mengeksport gas asli ke Israel.


Hosni dan anak lelakinya didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah bulan ini kerana peruntukan undang-undang semasa mengehadkan mahkamah daripada mensabitkan mereka atas faktor masa. Mesir dan Israel menandatangani perjanjian jual beli gas pada 2005 dan ia dilihat buktikan keakraban Hosni dengan rejim Zionis.


Di sebalik penjualan gas asli secara murah, dagangan itu menguntungkan sekutu rapat Hosni. Mesir akhirnya menamatkan perjanjian itu pada April lalu. - AP

No comments:

Post a Comment