Pages

Tuesday, June 5, 2012

Bas terjunam gaung, 23 maut

Bas terjunam gaung, 23 maut:

Seorang ibu meratap kematian dua orang anaknya dalam kejadian bas terjunam ke dalam gaung di kampung Narr semasa menziarahi jenazah kanak-kanak itu di sebuah hospital di Kahuta, kira-kira 25 kilometer ke timur Islamabad, semalam. - AFP
ISLAMABAD 4 Jun - Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh termasuk enam kanak-kanak, manakala 60 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung berhampiran ibu kota ini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu bas hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam berhampiran perkampungan Narr, kira-kira 25 kilometer ke timur Islamabad.
Ketika kejadian, bas terbabit membawa seramai 97 penumpang dan dalam perjalanan ke daerah Chakwal, 100 kilometer ke selatan Islambad selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Ketika dalam perjalanan, bas tersebut turut diiringi pasangan pengantin yang menaiki kenderaan lain.
"Kejadian itu berlaku pada pukul 1.30 petang waktu Malaysia, semalam," kata pegawai polis, Jawad Tariq. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment