Pages

Friday, June 29, 2012

Agenda Yahudi pesong akidah



ISU kristianisasi, liberalisme dan pluralisme semuanya ada hubung kait antara satu sama lain. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” (surah Al-Baqarah, 2: 120)
Yahudi dan Nasrani akan menggunakan apa jua peluang untuk memastikan umat Islam meninggalkan agama sedikit demi sedikit. Benar di dalam hadis sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas (kalau bukan mereka) siapa lagi?” (riwayat Muslim no. 2669, dari Abu Sa’id Al Khudri) Dalam hadis yang lain sabda Nabi: “Umat hari ini akan mengikuti Yahudi sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya ada dalam kalangan mereka (Yahudi) mendatangi ibu mereka (berzina) secara terbuka, akan ada di kalangan umatku orang yang berbuat begitu juga.” (riwayat At-Tirmidzi) Nabi mengkhabarkan kepada kita akan ada dalam kalangan umat Islam yang mengikut apa jua perbuatan Yahudi. Yahudi tidak datang kepada kita membawa agama mereka kerana ia bukanlah agama yang boleh disebarkan. Agama Yahudi bersifat agama bangsa, hanya manusia berbangsa Israel saja yang boleh beragama Yahudi. Orang Melayu seperti kita tidak boleh menjadi Yahudi. Kerja Yahudi hanyalah ingin menghancurkan manusia selain bangsa mereka. Melihat sejarah Yahudi, mereka memerangi dan membunuh Nabi mereka seperti dilakukan terhadap Nabi Musa, Isa, Idris, Sulaiman. Kerja Yahudi adalah memusnahkan. Agenda jahat Yahudi Berbeza dengan Yahudi, Nasrani atau Kristian adalah agama yang disebarkan. Penganutnya mengajak orang ramai menerima ajaran agama mereka dan bersama dengan mereka. Umat Islam berhadapan dengan dua pihak yang memiliki agenda masing-masing. Agenda Yahudi ialah tetap mahu berkuasa kerana mereka berbangga dengan keturunan dan kekuatan kerajaan Sulaiman, Idris, Musa, Dawud, iaitu keturunan nabi yang sangat hebat dan sama keturunan dengan mereka. Mereka hendak menjadi ketua dan yang mengikut petunjuk dan telunjuk adalah Kristian. Yahudi hendak merosak manusia dengan cara menyebarkan ideologi seperti liberal dan plural.

Penganut Kristian yang benar-benar berpegang dengan Kristian ortodoks yakni berpegang dengan agama konservatif dan berpegang dengan kitab mereka Injil (walaupun sudah diubah suai), Yahudi tidak menerima pemikiran ini. Tetapi ini adalah agenda Yahudi untuk merosakkan manusia melalui kebebasan berfikir. Mereka menyeru manusia menggunakan akal semata-mata, membuat manusia meninggalkan wahyu al-Quran dan sunah. Itulah usaha mereka dalam proses liberalisasi di mana mengasingkan dunia dengan agama, juga mengasingkan iman dengan amal. Mereka menanam dalam pemikiran manusia bahawa amalan baik atau jahat tidak memberi kesan kepada naik dan turunnya iman.
Asal liberal ialah Murji-ah Ideologi liberal sudah lama muncul dalam Islam melalui satu kelompok yang bernama Murji-ah. Murji-ah adalah golongan Islam yang sudah menjadi liberal iaitu mengasingkan antara iman dan amal. Mereka percaya bahawa orang yang melakukan perbuatan buruk tidak salah asalkan niat dan hati baik. Maka muncullah golongan yang tidak beramal dengan agama tetapi apabila dikritik mereka akan menjawab, “niat kami baik walaupun zahir kami teruk”. Ini jawapan salah, inilah jawapan orang memiliki di dalam jiwa dan mindanya ideologi liberal.

Sudah semestinya ia ada hubung kait dengan kristianisasi. Cara pertama untuk memasukkan ideologi Kristian adalah dengan menanam doktrin liberal dalam pemikiran manusia. Selepas ideologi ini diterima, mereka menyebarkan pula doktrin pluralisme (menganggap semua agama adalah sama iaitu mengajak kepada kebaikan). Selepas doktrin liberal dan plural ini diterima, manusia akan meninggalkan wahyu dan hanya menggunakan akal untuk menilai kebaikan dan keburukan.

Agama Kristian memfokuskan pada kasih sayang dan tolong-menolong. Di dalam Islam ada disiplin dan ketegasan. Kelihatan seolah-olah Kristian agama yang lembut, baik dan membantu manusia, juga agama yang mudah. Oleh kerana pemikiran manusia sudah diresapi ideologi liberal dan plural menyebabkan mereka mudah menerima dan mengiktiraf Kristian sebagai salah satu agama. Pluralisme iktiraf selain Islam Permulaan dengan mengiktiraf Kristian sebagai satu agama yang sah sesungguhnya boleh membawa kepada kekufuran. Kita tidak boleh mengiktiraf agama lain kerana satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah adalah Islam. Bagaimanapun kita harus membenarkan penganut agama lain beramal dengan agama mereka secara aman di negara ini, dan kita beramal dengan agama kita. Kita hidup dalam keadaan yang harmoni. Ada orang beragama lain, mereka beragama dengan agama mereka dan kita beragama dengan agama kita. Tetapi mereka tidak mengiktiraf agama kita sebab sekiranya mereka mengiktiraf nescaya mereka masuk agama kita, dan jika kita mengiktiraf agama mereka kita masuk agama mereka. Masing-masing dengan pegangan akidah masing-masing, hidup dalam keadaan harmoni dan hormat menghormati pegangan masing-masing. Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.’” (surah Al-Kafirun 109: 1-6) Ideologi plural dan liberal akan membawa kepada pengiktirafan agama lain dengan slogan “semua agama mahukan kebenaran tetapi dengan cara yang berbeza.” Lihatlah betapa bahayanya ideologi ini. Jadi kesimpulannya, semua ideologi ini adalah usaha untuk merosakkan umat Islam daripada dalam.
Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan

myMetro | Agenda Yahudi pesong akidah:

No comments:

Post a Comment