Pages

Tuesday, June 5, 2012

9 penduduk Islam mati kena serang

myMetro | 9 penduduk Islam mati kena serang:

YANGON: Penduduk Buddha di barat negara ini menyerang sebuah bas penumpang dan membunuh sembilan umat Islam, kata polis semalam, keganasan kaum terburuk yang berlaku di Myanmar sejak kerajaan baru mengambil alih kuasa setahun lalu.
Bas terbabit dikepung dekat bandar Taunggoke di negeri Rakhine di barat negara itu kelmarin oleh sekumpulan yang menyalahkan beberapa penumpang kenderaan itu atas pembunuhan seorang wanita penganut Buddha seminggu lalu, kata penduduk tempatan dan ahli politik. Seorang daripada mangsa yang terbunuh itu menaiki kereta secara berasingan. Rakhine adalah tempat tinggal kepada populasi terbesar umat Islam di Myanmar, tetapi kehadiran mereka tidak digemari oleh penduduk majoriti yang beragama Buddha.

Persengketaan lebih tegang terhadap umat Islam Rohingya, di mana asal-usul mereka mengimbau pada 1820-an ketika mereka dibawa masuk ke negara itu sebagai buruh oleh kuasa penjajah Britain.
Penduduk Muslim yang juga aktivis parti pembangkang, Ko Kyaw Lay berkata, tiada seorang pun mangsa yang terbunuh adalah kaum Rohingya.

Polis belum mengesahkan butir-butir terperinci mengenai kejadian itu.

“Siasatan sedang dilakukan tetapi saya tidak dapat memberi maklumat lanjut,” kata seorang pegawai polis. - Reuters

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment