Pages

Tuesday, June 5, 2012

24 warga asing kena penjara di Libya

Berita Harian Online | 24 warga asing kena penjara di Libya:
TRIPOLI: Sebuah mahkamah tentera menjatuhkan hukuman penjara kepada 19 warga Ukraine, tiga warga Belarus dan dua warga Russia selepas dituduh berkhidmat sebagai tentera upahan untuk pemimpin disingkir Muammar Gaddafi dalam konflik Libya tahun lalu. 

Seorang daripada warga Russia, dianggap menjadi penyelaras, dihukum penjara seumur hidup sementara yang lain dijatuhi hukuman dengan kerja berat selama 10 tahun.
Semua 24 lelaki terbabit, yang menafikan segala tuduhan dan menegaskan mereka berada di Libya untuk bekerja dalam sektor minyak, dituduh memiliki pelancar peluru berpandu untuk menyasarkan pesawat perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menyokong pemberontakan ke atas Gaddafi.
Pada awal perbicaraan April lalu, seorang jurucakap tentera berkata Eropah Timur turut menyokong rejim dalam serangan ke atas orang awam dan menerima bayaran daripada Gaddafi. 

Seorang jurucakap berkata ‘tentera upahan’ berkenaan ditahan sejak kejatuhan bandar ini lewat Ogos 2011 lalu oleh briged bekas pemberontak di ibu kota ini, berkunjung ke Libya atas kehendak mereka sendiri tanpa sokongan kerajaan mereka. 

Duta Ukraine dan Belarus berada di mahkamah untuk mendengar keputusan dan berkata tertuduh akan membuat rayuan. 

Sebelum keputusan dibacakan, Duta Belarus Anatoly Stepus, berkata 24 lelaki terbabit datang bekerja untuk menyertai sebuah syarikat minyak Libya dan Russia dan bukan tentera seperti didakwa. 
Namun rakan sejawatannya dari Ukraine, Mykola Nahornyi, berkata mereka dipaksa bekerja untuk rejim Gaddafi ‘dengan ancaman senjata’. 

“Ini adalah sebahagian fakta kes,” katanya tanpa menjelaskan mengapa lelaki terbabit berkunjung ke negara Afrika Utara itu. – AFP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment