Pages

Sunday, June 10, 2012

18 mangsa pornografi diselamatkan

Berita Harian Online | 18 mangsa pornografi diselamatkan:

190 dalang di Amerika, Asia Tenggara, Eropah ditahan 

LOS ANGELES: Polis menahan 190 orang dan menyelamatkan 18 kanak-kanak dalam satu operasi terbesar mengenai pornografi kanak-kanak di Amerika Syarikat, sebahagian mereka ditahan di Eropah dan beberapa tempat lain, kata pihak berkuasa perundangan semalam.
Kebanyakan penahanan dalam Operasi Orion sepanjang Mei dilakukan di Amerika Syarikat tetapi suspek juga ditahan di beberapa negara termasuk Argentina, Britain, Filipina, Sepanyol, Sweden, Serbia dan Belanda.
“Kebanyakan kes eksploitasi kanak-kanak di bawah operasi Orion bermula dengan seorang kanak-kanak atau remaja bersembang dengan seseorang yang dikenali mereka di internet,” kata Pengarah Penguatkuasa Kastam dan Imigresen (ICE), John Morton. 

“Biar operasi ini menjadi satu amaran kepada sesiapa yang memikirkan mereka boleh menggunakan internet untuk mengeksploit kanak-kanak, kami di sini melihat anda, kami akan mencari anda dan akan mendakwa anda,” katanya dalam satu kenyataan. 

Operasi Orion menyasarkan individu yang memiliki, menerima, memindahkan, mengedarkan, mengiklankan atau menghasilkan imej atau video pornografi kanak-kanak,” kata ICE dalam kenyataan terbabit. 

Antara mereka yang ditahan adalah seorang individu berusia 35 tahun di Louisiana disyaki menggunakan budak lelaki berusia tujuh tahun yang dijaganya untuk tujuan pornografi kanak-kanak dan seorang lelaki berusia 35 tahun di Oklahoma yang menawarkan wang bagi seks kepada mangsa berusia 14 tahun melalui halaman sosial di internet. 
Di Michigan, seorang lelaki berusia 54 tahun yang didakwa memujuk seorang budak lelaki bawah umur untuk menyertainya menjalankan salah laku seksual sebelum merakamkan gambar mangsanya, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun didapati mempunyai lebih 1,200 imej dan 109 video yang disyaki pornografi kanak-kanak di komputer dan alat penyimpanan media yang lain. 

Di Los Angeles, lapan lelaki ditahan termasuk seorang yang bertemu dengan mangsa berusia 12 tahun di Facebook dan ditahan selepas ejen dari bahagian siasatan keselamatan dalam negeri (HSI) ICE menyamar di talian. 

Theodore Perez, 29, ditahan pada 1 Mei sebaik tiba di sebuah pusat beli belah untuk bertemu budak perempuan berusia 12 tahun yang ditemuinya di Facebook. 

“Dalam teks mesej dan perbualan telefon dengan ejen HSI yang menyamar, Perez didakwa membayangkan beliau mahu melakukan pelbagai perbuatan lucah dengan budak perempuan terbabit,” katanya. 

Bagaimanapun tiada maklumat mengenai penahanan yang dibuat di luar negara. 
ICE berkata antara penahanan dibuat termasuk di Argentina, Britain, Filipina dan Sepanyol manakala Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan Sweden, Serbia dan Belanda turut terbabit. – AFP

No comments:

Post a Comment