Pages

Monday, June 18, 2012

13 maut, penjara di Turki terbakar



BANGUNAN yang terdapat dalam penjara Sanliurfa semalam.


ISTANBUL - Seramai 13 orang terbunuh akibat terhidu asap selepas beberapa banduan membakar selimut dan tilam di penjara Sanliurfa lewat kelmarin, kata beberapa pegawai semalam.
Menurut agensi berita Anatolia, kebakaran akibat perbuatan banduan tersebut dapat dikawal sebelum ia merebak ke seluruh penjara.
Seramai lima lagi banduan dimasukkan ke hospital termasuk 12 kakitangan penjara.
Penjara itu menempatkan kira-kira 1,000 banduan.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kebakaran itu berlaku ekoran satu pergaduhan dalam bilik penjara yang dihuni seramai 18 orang.
Selepas satu siasatan dilakukan, Menteri Kehakiman, Sadullah Ergin memberitahu, terdapat tentangan daripada beberapa banduan semasa anggota-anggota pasukan keselamatan cuba memindahkan mereka.
Penjara itu dilaporkan hanya boleh memuatkan 250 banduan tetapi bilangan penghuninya bertambah sejak beberapa tahun lalu.
Menurut laporan stesen NTV, perbuatan banduan tersebut membakar selimut adalah bagi membantah kekurangan alat penyaman udara di penjara tersebut.
Polis bertindak melakukan sekatan jalan raya ke penjara tersebut.
Anggota-anggota polis juga menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan beberapa keluarga banduan yang mahu mengetahui identiti penghuni yang mati.
Satu siasatan akan dilakukan bagi menentukan punca kejadian tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment