Pages

Wednesday, May 23, 2012

Yemen ikrar perangi militan al-Qaeda

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Imej daripada video merakamkan anggota tentera berkumpul di tempat kejadian seorang lelaki berpakaian seragam tentera meletupkan dirinya di tengah-tengah satu batalion askar yang sedang menjalankan raptai sempena ulang tahun penyatuan Yemen selatan dan utara di Sanaa kelmarin. - REUTERS
SANAA 22 Mei - Yemen berikrar untuk menentang pengganas selepas kumpulan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan membabitkan seorang anggota tentera meletupkan dirinya di tengah-tengah batalion askar di sini yang mengorbankan 96 orang, semalam.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman al-Qaeda dan berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan Yemen bagi menghapuskan kumpulan itu di semenanjung Arab (AQAP).
AQAP turut dituduh bertanggungjawab atas beberapa cubaan untuk meletupkan pesawat penerbangan dan kargo AS.
"Kami sangat bimbang terhadap kumpulan pengganas dan aktiviti pelampau di Yemen," kata Obama kepada wartawan pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sambil berikrar untuk memastikan kumpulan pengganas tidak akan bangkit semula di Afghanistan.
Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula mahu mereka yang bertanggungjawab diheret kemuka pengadilan.
Kesatuan Eropah (EU) turut mengecam pengeboman 'kejam dan dahsyat' itu.
"Peperangan menentang pengganas akan diteruskan sehinggalah pergerakan itu musnah sepenuhnya," kata Presiden Yemen, Abdrabuh Mansur Hadi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Saba.
AQAP mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan memberitahu ia disasarkan terhadap Menteri Pertahanan Yemen, Mohammed Nasser Ahmed dan beberapa pemimpin lain yang menyokong serangan AS ke atas mereka di Abyan.
"Walaupun Mohammed Nasser dan pembantunya terselamat dalam serangan itu, kami tidak akan letih melancarkan serangan untuk mempertahankan diri.
"Hak kami di Abyan telah dicabul dan peperangan hanya akan dibalas dengan peperangan," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam forum jihad di Internet.
Dalam kejadian semalam, seorang penyerang berani mati yang berpakaian seragam tentera meletupkan dirinya di tengah-tengah satu batalion askar ketika latihan perarakan sempena sambutan ulang tahun penyatuan utara dan selatan Yemen, menyebabkan 96 orang maut dan 300 lagi cedera. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment