Pages

Sunday, May 27, 2012

UNESCO iktiraf pengairan Bali


BALI - Sistem pengairan sawah padi di Bali yang dikenali subak, disenaraikan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Agensi berita Antara melaporkan, Timbalan Menteri Pendidikan dan Budaya, Windu Nuryanti berkata, keputusan menyenaraikan subak dalam senarai UNESCO dibuat dalam satu pertemuan di Saint Petersburg, Rusia pada minggu lalu.
Beliau berkata, kerajaan Indonesia mengemukakan permohonan dan menjalankan proses untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut sejak 12 tahun lalu.
Subak dikatakan menjadi pusat masyarakat dan budaya Bali kerana bukan sahaja mewujudkan budaya penanaman padi mapan dan efisien, tetapi juga menghasilkan kesenian estetik di dunia.
Bagaimanapun, sistem pengairan itu terancam ekoran pembangunan industri pelancongan sejak beberapa tahun lalu.
Kira-kira 1,000 hektar sawah ditebus menjadi kawasan perumahan dan pelancongan setiap tahun. - AGENSI

No comments:

Post a Comment