Pages

Sunday, May 13, 2012

Tiga pelajar maut van terbabas



ANGGOTA polis dan bomba memeriksa lokasi kemalangan melibatkan sebuah van dekat Turangi, New Zealand semalam.


WELLINGTON, New Zealand – Tiga pelajar Universiti Boston dari Amerika Syarikat yang mengikuti pengajian di New Zealand maut apabila van yang mereka naiki terbabas dan terbalik semalam.
Sekurang-kurangnya lima pelajar lain yang berada di dalam kenderaan itu cedera dengan seorang parah.
Polis berkata, van itu berada dekat bandar peranginan Taupo, Pulau Utara sekitar pukul 7.30 pagi (waktu New Zealand) apabila kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan dan terbalik selepas pemandu van cuba membetulkan laluannya.
Menurut polis, tiga pelajar maut di tempat kejadian.
Naib konsul Amerika Syarikat di Auckland, Joseph Bergen mengenal pasti pelajar yang maut sebagai Daniela Lekhno, Roch Jauberty dan Austin Brashears.
Ketika kejadian, seramai 16 pelajar menaiki dua buah van menuju ke Hutan Simpan Tongariro, salah sebuah kawasan paling menakjubkan di New Zealand. – Agensi

No comments:

Post a Comment