Pages

Wednesday, May 23, 2012

Taliban tak mampu

myMetro | Taliban tak mampu: "CHICAGO: Taliban tidak mampu menguasai semula Afghanistan, kata Presiden negara itu, Hamid Karzai semalam, ketika cuba menyakinkan negara Barat mengenai rancangan pengunduran tentera mereka.

“Taliban mungkin mempunyai keupayaan melancarkan serangan, meletupkan bom, mengerah pengebom berani mati. Tetapi untuk mengambil alih semula negara ini, mereka tidak mampu,” katanya.


Beliau bercakap kepada wartawan yang membuat liputan sidang kemuncak Nato. Sidang berkenaan bersepakat menetapkan pertengahan 2013 sebagai masa tentera tempatan mengetuai soal keselamatan di seluruh negara itu menjelang pengunduran tentera yang diketuai Amerika Syarikat pada penghujung 2014.

“Afghanistan sudah mengorak langkah ke depan dan akan mempertahankan diri,” kata Hamid. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment