Pages

Wednesday, May 23, 2012

Perang di Afghanistan tamat menjelang 2014?

Perang di Afghanistan tamat menjelang 2014? - Global - Sinar Harian:

Perang di Afghanistan tamat menjelang 2014?
Pengunduran tentera di Afghanistan pada 2014 dibuat secara berperingkat.
CHICAGO - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) semalam, menegaskan untuk menamatkan perang di Afghanistan sekali gus memanggil balik pasukan tentera antarabangsa menjelang akhir tahun 2014.

Setiausaha Agong Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, rancangan itu memerlukan penyerahan tanggungjawab keselamatan kepada pasukan Afghanistan pada tahun 2013, kemudian menarik balik kuasa-kuasa asing pada tahun berikutnya.

Menurutnya, misi Nato yang baru dan berbeza akan memberi nasihat, melatih selain membantu kira-kira 350,000 tentera Afghanistan secara berperingkat.

“Rancangan itu turut disokong oleh Presiden Afghanistan Hamid Karzai,” katanya pada akhir sidang kemuncak dua hari melibatkan para pemimpin perikatan.

Rasmussen berkata, rancangan itu telah dimuktamadkan dan tahun 2014 akan menjadi tahun di mana Amerika Syarikat (AS) tidak akan membelanjakan wang yang banyak di negara bergolak, Afghanistan seperti sekarang.

“Peralihan dan pengunduran tentera AS dan kuasa-kuasa Nato yang lain di Afghanistan pada akhir tahun 2014 bakal memberi impak kepada Afghanistan dan negara-negara bersekutu kami,” 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment