Pages

Friday, May 18, 2012

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib


Muhammad Faizal,18 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.

Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.

Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.

Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.

Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.

Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.

Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.

Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.

Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.

Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

No comments:

Post a Comment