Pages

Friday, May 25, 2012

Pengedar dadah bodoh dijel tiga setengah tahun

GAMBAR Ayub dengan wang dan dadah.
GAMBAR Ayub dengan wang dan dadah.
LONDON: Seorang pengedar dadah ‘bodoh’ ditangkap oleh polis selepas gambarnya ditemui dalam telefon bimbit, menunjukkan dia memakai mahkota diperbuat daripada not �20 (RM100) dan satu beg kokain tergantung pada mulutnya.
Ayub Hagos dari Abbey Wood, London, ditangkap selepas polis menyelongkar rumah pangsanya di Southsea, Hampshire Oktober lalu dan menemui sejumlah dadah dan wang tunai.

Lelaki berusia 19 tahun itu menafikan dadah itu miliknya sehingga polis memeriksa telefon bimbitnya dan menemui gambar wang tunai, pistol, pisau dan serbuk putih.
Dia mengaku terhadap dua tuduhan memiliki dadah gred A dengan niat untuk mengedar.

Ayub semalam dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun oleh Mahkamah Portsmouth.

Polis yang menyerbu rumah pangsa berkenaan menemui 23 bungkusan kokain yang bernilai �920 (RM4,600), 11 bungkusan heroin bernilai �440 (RM2,200), dan wang tunai berjumlah �500 (RM2,500).
Ayub didakwa meninggalkan kediamannya di London untuk menjual dadah itu di kawasan pantai selatan.

Ketika perbicaraan, peguamnya, Alexander Thompson memberitahu mahkamah, lelaki itu mempunyai sikap lurus bendul.
“Dia merakam gambar itu untuk menunjukkan keberaniannya dengan tujuan menjadikan dirinya lebih penting di hadapan rakannya.” kata Thompson. - DMmyMetro | Pengedar dadah bodoh dijel tiga setengah tahun:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment