Pages

Thursday, May 10, 2012

Pembaca berita silap kata Filipina sebahagian daripada China

myMetro | Pembaca berita silap kata Filipina sebahagian daripada China:


BEIJING: Pembaca berita rangkaian televisyen China secara tidak sengaja mengumumkan Filipina sebahagian daripada negara China dalam berita yang disampaikan, kelmarin.
Klip video berita itu banyak dimainkan di Internet. 
Penyampai berita, He Jia sebenarnya mahu mengatakan Pulau Huangyan, yang dikenali sebagai Beting Scarborough di Filipina dan menjadi rebutan kedua-dua negara, sebagai jajahan China.

“Kita semua tahu Filipina adalah jajahan hak semula jadi China dan Filipina di bawah negara China. Ini adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Berita itu sudah ditarik balik dari laman CCTV tetapi masih boleh dilihat di laman web yang lain.

Mereka yang menonton video itu berlawak dengan menulis komen, semangat nasionalis membuatkan pembaca berita itu tersilap.

“Dia (He Jia) sangat bagus, seorang patriotik. Dia baru saja mengumumkan kepada dunia, Filipina milik China,” kata seorang mikroblogger bernama Helenjhuang. - Agensi

No comments:

Post a Comment