Pages

Wednesday, May 23, 2012

‘Orang bawa saya lari’

myMetro | ‘Orang bawa saya lari’:

CERITA...Khatijah ketika ditemu bual, malam tadi.
CERITA...Khatijah ketika ditemu bual, malam tadi.
SEPANG: “Orang bawa lari saya..saya tak ingat,” itu kata warga emas, Khatijah Ismail, 65, yang ditemui merayau di Medan, Indonesia, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.
Dia pulang dengan sebuah penerbangan bersama rombongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghadiri mesyuarat di Medan pada jam 9 malam.

Kepulangannya disambut anaknya, Nik Norazizah Nik Mohamad, 29, dan menantunya, Rosli Mahayadin, 29. Dia terus berpelukan dengan anak ketiganya itu. Suasana hiba menyelubungi pertemuan dua beranak itu, namun kedua-duanya bersyukur kerana bertemu kembali.
Sebelum ini Khatijah dilaporkan hilang di Kota Bharu, Kelantan, ketika menemani anaknya mendapatkan rawatan di klinik gigi pada 9 Mei lalu. Dia kemudian dikatakan mendapat pasport di Johor, seterusnya ke Batam dengan feri sebelum ke Medan. Perjalanannya dibantu pihak lain.

Malah, difahamkan ketika di Medan beberapa hari lalu dia ditemui penduduk tempatan merayau tanpa dokumen sebelum diserahkan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.

Sementara itu, Rosli berkata, dia bersyukur kepulangan ibu mentuanya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
“Ibu mentua saya menghidap penyakit hilang ingatan dan kencing manis. Kami bersyukur dia pulang dengan selamat,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment