Pages

Saturday, May 19, 2012

Maut kereta masuk longkang



BULATAN menunjukkan lokasi di mana kereta yang dipandu Zahidatul Akmam terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang semalam.


ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.
Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kereta dipandu Zahidatul Akmam terbabas ke dalam longkang menyebabkan wanita itu cedera parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Jarak lokasi kemalangan yang membabitkan Zahidatul Akmam dan Mohd. Hanif kira-kira satu kilometer.
Ibu mangsa, Som Abd. Ghani, 57, berkata, pada pukul 7.30 pagi, keluarganya menerima berita mengenai Mohd. Hanif yang menunggang motosikal berlanggar dengan sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.
Dalam kejadian itu, Mohd. Hanif hanya cedera ringan di beberapa anggota badan.
"Sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Mohd. Hanif, saya, menantu (Ahmad Nazri Ismail, suami Zahidatul Akmam) dan keluarga remaja itu bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

No comments:

Post a Comment