Pages

Wednesday, May 23, 2012

Letupan di Yemen, 96 maut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Anggota polis forensik mengutip cebisan mayat di lokasi kejadian pengebom berani mati meletupkan diri di Sanaa, semalam. - REUTERS
SANAA 21 Mei - Sekurang-kurangnya 96 orang maut dan 300 lagi cedera apabila seorang penyerang berani mati yang berpakaian seragam tentera meletupkan dirinya di tengah-tengah satu batalion askar, di sini hari ini.
Seorang pegawai tentera yang enggan dikenali berkata, angka korban dijangka meningkat.
Pegawai itu berkata, pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika askar-askar tersebut melakukan latihan perarakan sempena sambutan ulang tahun penyatuan utara dan selatan Yemen, esok.
Sumber tentera berkata, Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Tentera turut hadir ketika latihan tersebut tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Saksi berkata, anggota badan mangsa dapat dilihat bertaburan di sekitar kawasan kejadian di Dataran Sabeen di sini berdekatan Istana Presiden di mana kerajaan Yemen sering mengadakan perarakan tentera.
Ambulans dapat dilihat dikejarkan ke tempat kejadian bagi membawa mangsa-mangsa dan mayat ke hospital.
Ahli perubatan berkata, mayat dan mereka yang cedera dibawa ke tujuh buah hospital berdekatan.
Kejadian itu merupakan yang paling buruk selepas Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi mengambil alih kerajaan pada Februari lalu dengan ikrar untuk membanteras kehadiran pengganas al-Qaeda di negara ini.
Serangan itu berlaku kira-kira 10 hari selepas serangan besar-besaran ke atas kubu al-Qaeda di wilayah Abyan. - AFP/Reuters

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment