Pages

Friday, May 18, 2012

Kapten tidak layak kemudi kapal



Kapal mewah Costa Concordia terdampar di pulau Tuscan, Giglio, Itali, akibat kecuaian kaptennya, Francesco Schettino (gambar kecil) selepas kapal itu terbalik dalam satu kejadian yang meragut 30 nyawa penumpangnya pada Januari lalu. - AGENSI
ROM 17 Mei - Mahkamah Rayuan Itali semalam memutuskan bahawa kapten kapal Costa Concordia, Francesco Schettino, tidak mampu mengendalikan kapal persiaran yang terbalik di perairan pulau Tuscan, Giglio pada Januari lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh.
Dalam penjelasan bertulis mahkamah berhubung keputusannya mengekalkan arahan perintah tahanan di rumah ke atas Schettino, kapten kapal itu gagal menunjukkan ‘kemampuannya dalam mengendalikan dan menjaga keselamatan orang-orang di bawah jagaannya’.
Dia dituduh menyebabkan kapal mewah seberat 114,500 tan itu terbalik dengan membawanya berlayar terlalu hampir dengan pantai, mengakibatkan badan kapal itu pecah terkena batu sehingga mengakibatkannya terbalik.
Penyiasat turut menuduh Schettino melambat-lambatkan usaha membawa keluar penumpang serta gagal mengawal operasi menyelamat apabiladia sendiri bertindak meninggalkan kapal itu sebelum 4,200 penumpang dan krew dipindahkan.
Dia juga didakwa menyebabkan banyak kematian, menjadi punca kemalangan dan meninggalkan kapal terlalu awal.
Menurut Mahkamah Rayuan, Schettino menunjukkan dia tidak mampu untuk mengendalikan krisis itu dan menjaga keselamatan penumpang dan krew kapalnya.
Mahkamah juga berkata, kejadian sama mungkin berulang jika dia dibenarkan mengemudi kapal sekali lagi.
Ekoran daripada itu juga, mahkamah mengekalkan perintah tahanan di rumah ke atas beliau di kediamannya di Meta, Sorrento, berhampiran Naples, Itali. - REUTERS

No comments:

Post a Comment