Pages

Saturday, May 19, 2012

Israel takut 60,000 roket musuh

Berita Harian Online | Israel takut 60,000 roket musuh:
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil
'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru
 berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas
terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP



AS bantu Yahudi perkuat perisai sekat peluru berpandu Hamas, Hizbullah

WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'.
Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak.
Penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel. - Leon Panetta, Setiausaha Pertahanan Amerika
AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem ‘Iron Dome’ akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.

Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza.

Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi.

Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika. 
Sehingga ini, Amerika memberi bantuan AS$205 juta (RM615 juta) untuk membantu memperkuat sistem ‘Iron Dome’ yang dihasilkan firma kerajaan Israel, Raphael Advanced Defense Systems Ltd.

Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar.

Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel.

“Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya,” katanya.

Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini.

“Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar,” katanya lagi. – Reuters
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment