Pages

Friday, May 18, 2012

FBI buru suami bunuh isteri



GAMBAR yang disiarkan polis pada Selasa lalu menunjukkan sebuah kereta Maserati yang pernah dipandu Jimenez.


CHICAGO - Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memburu seorang lelaki, Arnoldo Jimenez yang didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya.
Jimenez meninggalkan mayat isterinya, Estrella Carrera dalam tab mandi di apartmen miliknya.
Wanita tersebut masih lagi memakai gaun perkahwinan.
Lebih 30 agensi penguat kuasa undang-undang menyertai misi untuk mengesan lelaki tersebut yang berkahwin secara rahsia dengan Carrera pada Jumaat lalu.
Pihak polis tidak mendedahkan negeri yang menjadi sasaran operasi memburu Jimenez.
"Kami akan mengikuti apa sahaja petunjuk yang kami dapat," kata seorang pegawai polis, Joseph Ford.
"Kami tidak akan berhenti mencarinya dan tidak akan membiarkan dia terlepas," katanya.
Pihak berkuasa mula mencari Jimenez sejurus selepas keluarga Carrera membuat laporan mengenai wanita tersebut selepas tidak mengambil semula dua orang anaknya pada hari Sabtu seperti yang dijanjikan.
Keluarga wanita itu juga gagal menghubungi Carrera dan Jimenez.
Polis kemudian dihubungi oleh keluarga Carrera menyebabkan apartmen wanita itu di Burbank diperiksa.
Menurut pihak polis, kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah keganasan rumah tangga. - Agensi

No comments:

Post a Comment