Pages

Saturday, May 19, 2012

AS sudah sedia serang Iran

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat sudah siap dengan tindakan ketenteraan sekiranya usaha diplomatik gagal menghentikan program nuklear Iran, kata duta Amerika Syarikat ke Israel, Daniel Shapiro.
“Penyelesaian masalah ini secara diplomatik menerusi tekanan adalah lebih baik daripada menggunakan tindakan ketenteraan.

“Tetapi ini tidak bermakna tidak ada pilihan lain,” kata Shapiro ketika berucap pada mesyuarat Persatuan Peguam Israel.

“Ia bukan setakat ada, tetapi pilihan itu sudah siap disediakan. Perancangan yang perlu sudah dilakukan untuk memastikan ia sudah sedia.” Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland berkata, kenyataan Shapiro adalah selaras dengan dasar Rumah Putih.

“Kenyataan Shapiro memberi gambaran menyeluruh mengenai apa yang dicakapkan oleh presiden selama ini iaitu, walaupun kita mengadakan perbincangan P5+1 dengan Iran, dan berharap kita dapat menyelesaikan masalah ini, kita masih tidak mengabaikan pilihan lain untuk bertindak,” katanya.

Amerika Syarikat, Israel dan Barat yakin program nuklear Iran bertujuan untuk menghhasilkan senjata, tuduhan yang dinafikan oleh Teheran. - AFP

No comments:

Post a Comment