Pages

Sunday, May 27, 2012

Anak pemogok lapar masih di penjara

Anak pemogok lapar masih di penjara
Zainab (kiri) sebelum dipenjara atas dakwaan melaksanakan tunjuk perasaan terhadap perlumbaan Formula Satu Grand Prix Bahrain
MANAMA - Anak perempuan seorang aktivis pembangkang terkemuka Bahrain, Abdulhadi al-Khawaja, masih menerima hukuman penjara atas dakwaan menganjurkan satu bantahan anti kerajaan, semalam.

Zainab al-Khawaja, turut didenda AS$530 (RM1,672) di atas pertuduhan berasingan Isnin lalu, berkaitan penghinaan terhadap kakitangan kerajaan negara itu.

Menurut ibunya, Khadija Almousawi, anak perempuannya harus dikeluarkan daripada penjara kerana tempoh pemenjaraannya yang telah tamat.

Zainab yang turut melaksanakan mogok lapar sejak tiga bulan lalu, ditahan sebulan lalu kerana cuba melaksanakan bantahan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Bahrain di Manama.

Katanya, Zainab masih tidak berganjak dengan mogok laparnya bersama seorang lagi tahanan wanita yang juga aktivis politik, Massouma al-Sayed.

Bahrain kini masih dirundung kekalutan berikutan tercetusnya bantahan terhadap gerakan prodemokrasi di Mesir dan Tunisia tahun lalu.

No comments:

Post a Comment