Pages

Sunday, April 8, 2012

Video timbalan Saddam kutuk kerajaan Iraq disiarkan


BAGHDAD: Video yang dipaparkan menerusi dalam talian hari ini menunjukkan ahli rejim berpangkat tinggi era pemerintahan Saddam Hussein yang digulingkan, Izzat Ibrahim al-Douri, masih bebas dan kelihatan mengutuk kerajaan pimpinan Syiah Iraq ketika ini.

Bagaimanapun, ia masih belum jelas lokasi video itu dirakam dan kesahihannya. Lelaki di dalam video yang dipaparkan menerusi laman web parti Baath, memperkenalkan dirinya sebagai al-Douri yang memakai seragam tentera serta berkaca mata adalah timbalan kepada Saddam pada era pemerintahannya. - AFP

No comments:

Post a Comment