Pages

Wednesday, April 11, 2012

Tarikan baru ukiran pasir




Pengukir Itali, Leonardo Ugolini berdiri di hadapan replika pasir buatannya bertajuk Big Ben in Westminsteryang diukir bertemakan Sukan Olimpik 2012 London. - Agensi


TOTTORI 10 April - Ukiran pasir tokoh-tokoh terkenal dan bangunan bersejarah yang menakjubkan hasil ciptaan 15 pengukir pasir terkemuka dari seluruh dunia akan dipamerkan di muzium pasir pertama di dunia di Jepun, hujung minggu ini.
Muzium yang dibina di Tottori, wilayah Chugoku itu kali ini mengambil tema ukiran sempena meraikan Sukan Olimpik London 2012 dan ia akan mula dibuka pada 14 April ini hingga Januari tahun depan.
Antara ukiran pasir yang dibuat termasuklah suasana jalan London ketika hujan dengan sebuah teksi, Ratu Elizabeth I, Istana Westminster, Charles Darwin dan Isaac Newton.
Pengukir Itali, Leonardo Ugolini mengukir menara jam Big Ben dan Istana Westminster dengan menggunakan kira-kira 3,000 tan pasir.
"Ini adalah hasil ukiran pasir pertama saya yang dibuat di dalam bangunan dan ia lebih menarik kerana saya tidak perlu bimbang dengan cuaca," katanya.
Sementara itu, pengukir Amerika Syarikat, Dan Belcher yang membuat ukiran seorang pelaut minum di sebuah bar berharap, pengunjung yang datang ke muzium itu dapat menikmati suasana seperti di London.
Menurut penganjur, hasil ukiran pasir itu akan dilihat lebih menarik ketika lampu dihidupkan pada waktu malam.
Sebelum ini muzium pasir itu pernah mempamerkan ukiran pasir ikon-ikon zaman pembaharuan Itali serta bangunan bersejarah di Asia seperti Tembok Besar China. - AGENSI

No comments:

Post a Comment