Pages

Sunday, April 22, 2012

Presiden Afrika Selatan kahwin empat

Kosmo! Online - Dunia:



Bongi Ngema menari dalam upacara tradisi dikenali sebagai Umgcagco di kediaman Jacob Zuma di Nkandla, dalam wilayah KwaZulu Natal kelmarin.


CAPE TOWN - Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma (gambar) mengahwini isteri keempat kelmarin yang menyaksikan pemimpin berusia 70 tahun itu mendirikan rumah tangga sebanyak enam kali sepanjang hidupnya.
"Presiden Jacob Zuma pada hari ini, 20 April 2012, berkahwin dengan Bongi Ngema dalam satu upacara tradisi dikenali sebagai umgcagco di kediaman beliau di Nkandla, KwaZulu-Natal selepas sekian lama bertunang," kata pejabat Presiden berkenaan dalam satu kenyataan.
Zuma yang telah memiliki 21 orang anak dikurniakan seorang seorang anak lelaki berusia tujuh tahun hasil hubungannya dengan Ngema.
Menurut kenyataan sama, tiga lagi isteri Zuma turut serta dalam majlis perkahwinan suami mereka.
Perkahwinan tersebut adalah yang ketiga buat Zuma dalam tempoh empat tahun dan kedua selepas memegang kuasa pada 2009.
Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan pertama yang berpoligami ekoran undang-undang negara berkenaan yang membenarkan lelaki memiliki ramai isteri. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment