Pages

Sunday, April 22, 2012

Polis, penunjuk perasaan bertempur menjelang F1 Bahrain

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "MANAMA 22 April - Kira-kira 7,000 penduduk mengadakan demonstrasi anti kerajaan menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu di sini, menyebabkan pertempuran berlaku antara kumpulan penunjuk perasaan dan polis di beberapa daerah Bahrain, semalam.

Aktivis Persatuan Belia Hak Asasi Manusia Bahrain, Mohammed al-Maskati berkata, polis menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan bom bunyi untuk meleraikan tunjuk perasaan.

Katanya, demonstrasi tersebut diadakan ekoran penemuan mayat Salah Abbas Habib awal pagi semalam, yang dipercayai terbunuh selepas bertempur dengan pihak polis malam kelmarin. - REUTERS"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment