Pages

Monday, April 23, 2012

Pertempuran baru di Bahrain

Berita Harian Online | Pertempuran baru di Bahrain:

PENUNJUK perasaan antikerajaan melarikan diri selepas membakar tayar di Manama, semalam. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan antikerajaan melarikan diri selepas membakar tayar di Manama, semalam. - Foto Reuters
Puak Syiah desak kerajaan bebas aktivis, pulau perlumbaan F1

MANAMA: Pertempuran baru tercetus di Bahrain semalam antara beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan dan pihak polis, kata saksi hanya beberapa jam sebelum negara Teluk itu menganjurkan perlumbaan Formula One (F1). 

Polis melepaskan gas pemedih mata dan bom air ke arah penunjuk perasaan daripada puak Syiah yang membalas dengan balingan batu dan bom api sambil melaungkan “Jatuhlah Hamad”, merujuk kepada Raja Sunnah negara itu, kata saksi kepada AFP.
Penunjuk perasaan turut menggesa pembebasan aktivis Syiah terkenal, Abdulhadi al-Khawaja, yang mogok lapar sejak awal Februari lalu. Laporan menyatakan keadaan kesihatannya semakin merosot meningkatkan kebimbangan dia akan mati di penjara.
Dalam satu mesej dihantar di Twitter, kementerian dalam negeri Bahrain berkata semalam bahawa Khawaja berada dalam keadaan sihat dan akan bertemu duta Denmark hari ini.” Khawaja memiliki dua kerakyatan Bahrain dan Denmark. 

Kawalan keselamatan di sekitar perkampungan Syiah di sini diperketatkan kelmarin, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan gesaan kumpulan yang menggelar diri mereka Pergerakan Belia 14 Februari, agar mengadakan tunjuk perasaan dan memulaukan perlumbaan sempena acara Grand Prix itu. 

Sementara itu, litar Sakhir, tempat perlumbaan diadakan ditutup sepenuhnya. Saksi berkata penunjuk perasaan hanya berupaya menyekat seketika beberapa jalan menuju ke trek, membakar tayar dan sampah sarap. 

Di ibu kota ini, polis menghalang bantahan dirancang di pasar utama, kata penduduk dan saksi. 
Pertempuran terbaru berlaku sehari selepas seorang penunjuk perasaan ditemui mati di perkampungan Syiah di Sakhura, ketika pergerakan pembangkang Al-Wefaq berkata pasukan keselamatan malam Jumaat lalu “menyerang penunjuk perasaan secara aman dan memukul sebilangan mereka dengan pelbagai alat dan senjata.” 

Kementerian dalam negeri berkata satu siasatan sedang dijalankan terhadap kematian Salah Abbas Habib, 36, yang dianggap sebagai pembunuhan. 

Penunjuk perasaan diketuai puak Syiah semakin hebat di Bahrain, tapak kebangkitan maut selama sebulan yang dihancurkan tahun lalu, namun pemerintah diraja berkeras supaya perlumbaan diteruskan mengikut jadual. – AFP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment