Pages

Saturday, April 28, 2012

Keluarga Osama diusir ke Arab Saudi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Anggota polis Pakistan mengiringi sebuah van mini yang membawa ahli keluarga Osama bin Laden menuju lapangan terbang sebelum berlepas ke Arab Saudi di Islamabad, kelmarin. - AFP
RAWALPINDI 27 April - Keluarga Osama bin Laden diusir dari Pakistan ke Arab Saudi awal pagi ini, selepas hampir setahun pemimpin al-Qaeda itu terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Abbotabad, utara Islamabad.
Tiga balu Osama bersama anak-anak mereka, ditahan pihak berkuasa negara ini dalam kejadian tersebut yang berlaku di sebuah kediaman pada 2 Mei, tahun lalu.
Selepas 10 bulan ditahan, mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman penahanan selama 45 hari terhadap balu dan dua anak perempuan sulungnya, berikutan dakwaan memasuki dan menetap di negara ini secara haram serta diusir selepas tamat tempoh tersebut.
Sekitar tengah malam tadi, sebuah van mini kelihatan membawa keluarga tersebut dari sebuah kediaman lokasi mereka ditahan, ke Lapangan Terbang Islamabad.
Selain tiga balu dan dua anak perempuannya, turut diusir ialah enam lagi anak Osama serta seorang cucunya.
Kesemua mereka dilaporkan bertolak menaiki sebuah pesawat ke Arab Saudi pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Keluarga itu sepatutnya meninggalkan Pakistan minggu lalu, namun terpaksa ditangguh atas sebab tertentu.
Sementara itu di Washington, seorang hakim persekutuan semalam menolak permintaan untuk menyiarkan gambar dan video sebelum serta selepas serangan tentera negara itu yang mengakibatkan kematian Osama tahun lalu.
Jabatan Kehakiman berkata, imej si mati merupakan maklumat sulit dan tidak boleh didedahkan kepada awam bagi mengelak dakwaan AS menggalakkan keganasan serta menjamin sistem maklumat rahsia yang digunakan oleh tentera dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) terpelihara. - AFP

No comments:

Post a Comment