Pages

Friday, April 27, 2012

Dipecat curi dengar perbualan Presiden

Berita Harian Online | Dipecat curi dengar perbualan Presiden:


Bo Xilai
Bo Xilai
BEIJING: Pemimpin Parti Komunis bahagian Chongqing, Bo Xilai, dipecat selepas pihak berkuasa mengesan sistem curi dengar pada talian telefon wilayah itu yang digunakan untuk menghubungi Presiden China, Hu Jintao, Ogos lalu, lapor akhbar The New York Times (NYT). 

Hampir sedozen sumber Parti Komunis mengesahkan bahawa aktiviti curi dengar dari Chongqing adalah satu program besar, kata akhbar berkenaan.
Laporan itu mengesahkan bahawa rangkaian pengintipan yang dibentuk Bo di Chongqing adalah meluas dengan dibantu bekas ketua polis Wang Lijun selain khabar angin mengenai intipan terhadap panggilan telefon pegawai antirasuah yang melakukan kunjungi ke wilayah itu iaitu Menteri Pemantau, Ma Wen, kepada Hu.
Program berkenaan dilaporkan membantu Bo dan Wang menyekat siasatan sulit yang dilakukan pihak berkuasa pusat terhadap mereka termasuk kunjungan pegawai disiplin, Januari lalu. 

NYT memetik pegawai parti sebagai berkata, perbuatan mencuri dengar panggilan telefon dianggap mencabar kuasa pentadbiran pusat selain menunjukkan sejauh mana Bo sanggup bertindak untuk mengumpul kuasa. 

“Semua orang di China memperbaiki sistem (komunikasi) untuk mengekalkan kestabilan. Tetapi, tidak semua orang berani memantau pemimpin parti,” kata seorang pegawai, merujuk kepada taktik pengawasan itu. – Reuters

No comments:

Post a Comment