Pages

Friday, April 27, 2012

Desakan tak dipeduli AS

myMetro | Desakan tak dipeduli AS:


ISLAMABAD: Pakistan sudah berulang kali mendesak Amerika Syarikat menghentikan serangan menggunakan dron terhadap militan di negara itu tetapi Washington tidak mempedulikannya.
“Mengenai dron, bahasa kami amat jelas, hentikan serangan. Tetapi mereka enggan mendengarnya. Saya harap kali ini, mereka akan mendengar desakan kami,” kata Menteri Luar, Hina Rabbani Khar (gambar) dalam temuramah dengan Reuters, semalam.

Serangan menggunakan pesawat tanpa juruterbang dari Afghanistan yang didakwa pegawai Amerika Syarikat sebagai amat berkesan dalam memerangi kumpulan militan, meningkatkan sentimen anti-Amerika di Pakistan.
Ia dilihat sebagai pencabulan terhadap kedaulatan yang mengorbankan orang awam.

Kenyataan tegas Hina berhubung serangan dron itu dibuat menjelang lawatan duta khas Amerika Syarikat ke Afghanistan dan Pakistan, Marc Grossman ke Islamabad, esok.

Grossman dijadual mengadakan rundingan dua hala dengan pegawai Pakistan dan mengambil bahagian dalam mesyuarat ‘kumpulan asas’ bersama pegawai negara itu dan Afghanistan.
Amerika Syarikat berharap untuk menyambung semula rundingan damai dengan Taliban menerusi mesyuarat berkenaan.

Hubungan antara Pakistan dengan Amerika Syarikat, sekutu dalam peperangan menentang kumpulan miltan, terjejas teruk ketika mereka bertelagah mengenai bantuan keselamatan dan masa depan Afghanistan.

Serangan sulit di bumi Pakistan oleh komando Amerika Syarikat yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden Mei tahun lalu, meningkatkan kemarahan Islamabad terhadap Washington.

Hubungan kedua-dua negara menjadi semakin buruk apabila serangan dari Afghanistan oleh tentera Nato pada Mei lalu mengorbankan 24 tentera Pakistan.

Selepas mengkaji semula hubungan dengan Washington, jawatankuasa Parlimen Pakistan menetapkan beberapa permintaan, termasuk menamatkan serangan dron Amerika.

Hina berkata, cara lain perlu dilakukan untuk menyerang militan di sempadan Afghanistan-Pakistan. - Reuters

No comments:

Post a Comment