Pages

Saturday, April 28, 2012

Barak yakin sekatan tak dapat halang Teheran

myMetro | Barak yakin sekatan tak dapat halang Teheran: "BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel semalam berkata, sekatan yang dikenakan terhadap Iran ketika ini tidak akan memaksa negara itu menghentikan usaha untuk mendapatkan senjata nuklear.

Ehud Barak bagaimanapun mengaku sekatan terhadap perdagangan dan perbankan Iran ketika ini lebih tegas berbanding sebelumnya.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan empat sekatan terhadap Teheran setakat ini, berkait dengan dakwaan negara itu berusaha menghasilkan senjata nuklear, tuduhan yang dinafikan oleh Iran.

Sekatan lebih ketat yang menggesa negara lain mengurangkan pengimportan minyak Iran atau berdepan dengan tindakan dibekukan daripada sistem kewangan Amerika Syarikat, akan dikuatkuasakan Jun ini. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment