Pages

Thursday, April 12, 2012

Bantuan senjata burukkan konflik Syria: Annan

TEHERAN: Utusan PBB-Liga Arab yang diketuai Kofi Annan memberi amaran keadaan akan menjadi semakin buruk sekiranya tentera pemberontak diberi senjata seperti yang disarankan oleh Arab Saudi dan Qatar.
Dalam sidang akhbar di Teheran, Annan berkata: “Saya sentiasa percaya memberi bantuan ketenteraan akan memburukkan lagi konflik ini.”
Iran adalah sekutu Syria.

Annan yang merencanakan rancangan enam perkara untuk menghentikan peperangan di Syria, berkata konflik baru tidak boleh diterima di Asia Barat.


Menurutnya, beliau percaya rancangannya masih boleh diteruskan sebelum jam 6 petang waktu Damsyik (0300 GMT) hari ini, sekiranya kedua-dua rejim Syria dan pemberontak menghormati syarat yang telah ditetapkan. - AFP

No comments:

Post a Comment