Pages

Friday, April 27, 2012

Bakal calon Naib Presiden AS gesa serang Iran

myMetro | Bakal calon Naib Presiden AS gesa serang Iran: "WASHINGTON: Bakal calon Naib Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Marco Rubio berkata, negara itu perlu mengambil tindakan ketenteraan untuk menyekat Iran daripada memperoleh bom nuklear.

Bercakap mengenai dasar luar di Institusi Brooking di Washington, senator dari Florida itu berkata, adalah amat penting bagi Amerika Syarikat tidak berdiam diri dalam menghadapi keadaan di Asia Barat ketika ini, sebaliknya bertindak untuk menyediakan kepemimpinan bagi menyelesaikan krisis global.


Rubio, anak pendatang Cuba disebut-sebut akan menjadi calon Republikan untuk jawatan Naib Presiden pada pilihan raya November ini. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment