Pages

Thursday, April 12, 2012

Air sungai melimpah, 400 penduduk dipindahkan


Banjir
Banjir
KAMPAR - Seramai 400 penduduk empat buah kampung di sini dipindahkan pagi ini setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam tiga meter berikutan air melimpah dari Sungai Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Kuala Dipang dan Kampung Malaya itu telah dipindahkan ke Sekolah Menenengah Kebangsaan Kampar.

Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air sungai melimpah danmembanjiri kampung terbabit sehingga sampai ke bumbung rumah.

Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.


Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment