Pages

Friday, March 16, 2012

Yahudi Iran sedia pertahan Tehran

BAITULMAQDIS: Beribu-ribu rakyat berketurunan Yahudi yang tinggal di Iran bakal terperangkap di tengah-tengah kemelut Israel dan Republik Islam itu berikutan kemungkinan rejim Zionis melancarkan serangan ke atas program nuklear Iran.

Bagaimanapun ahli perundangan Yahudi di Parlimen Iran Siamak Merehsedq menegaskan masyarakat mereka akan menentang sebarang ancaman asing sama seperti penduduk lain negara itu.


“Tidak kisah siapa yang menyerang negara kami, kami akan menentang ancaman itu sama seperti penduduk Iran lain. Komuniti Yahudi Iran akan bersama-sama rakan senegara kami selama-lamanya,” katanya.
Secara umum, komuniti Yahudi di Iran cuba untuk tidak menonjolkan diri. 
Ketegangan antara Iran dan Israel sudah lama dan kepemimpinan di Iran tidak cuba membalas dendam terhadap Yahudi Iran, kerana ingin menunjukkan kehadiran mereka sebagai bukti toleransi kerajaan. 

Ramai di kalangan komuniti itu, yang berpusat di Tehran dan bandar raya Shiraz, adalah pedagang yang berjaya. – AP

1 comment:

  1. Pembohongggg...israel tak akan menyerang iran...ini semua mainan yahudi dan syiah sahaja,kerana mereka nie tolong menolong antara satu sama lain....

    ReplyDelete