Pages

Thursday, March 15, 2012

Warga AS tolak perang Iran

myMetro | Warga AS tolak perang Iran:LOS ANGELES: Kaji selidik terbaru menunjukkan, tiga daripada empat penduduk Amerika Syarikat menentang cadangan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran, lapor media semalam.
Menurut undian dikendalikan Universiti Maryland itu dan diterbitkan semalam, majoriti warga AS menyatakan bantahan mereka terhadap idea berkenaan.

Selain itu, 69 peratus responden berpendapat, AS wajar meneruskan rundingan dengan Iran dan sebahagian besar mereka yakin, ia perlu melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kaji selidik itu menunjukkan, bantahan terhadap cadangan serangan terhadap Iran dinyatakan 79 peratus penyokong parti Demokrat, 58 peratus Republikan dan 67 peratus bebas.

AS, rejim Zionis Israel dan sekutu mereka berkali-kali menuduh Iran cuba mencapai matlamat ketenteraan dalam program nuklearnya.

Washington dan Tel Aviv juga mengancam Teheran dengan “pilihan” serangan ketenteraan jika isu itu gagal diatasi.
Bagaimanapun, Teheran mendakwa, sebagai negara yang menandatangani perjanjian kawalan senjata nuklear dan anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, ia berhak membangun dan memiliki teknologi nuklear bagi tujuan keamanan.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, bulan lalu pula menegaskan, Teheran tidak pernah dan tidak akan mahu memiliki senjata nuklear kerana ia dianggap berdosa besar, sia-sia serta berbahaya. Awal minggu ini, Presiden Mahmoud Ahmadinejad enggan melayan ancaman perang dibuat AS dan Israel dengan menganggap cadangan mereka untuk menggunakan tentera ke atas Iran akan terbiar “reput di atas meja.” - Press TV

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment