Pages

Tuesday, March 6, 2012

Vladimir Putin menang besar

Berita Harian Online | Vladimir Putin menang besar:
  • Foto

    ANGGOTA Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat bertepuk tangan sebaik saja Vladimir Putin diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden Russia.

  • Foto

    Putin mengalirkan air mata ketika berucap kepada penyokongnya.

Berdepan bantahan pembangkang dakwa pengundian dicemari penipuan

MOSCOW: Pemimpin Russia, Vladimir Putin, kembali semula ke Kremlin, selepas menang besar dalam pilihan raya Presiden, namun berdepan bantahan pembangkang yang mendakwa pengundian dicemari penipuan.
Suruhanya Pilihan Raya Pusat berkata Putin memperoleh 64 peratus daripada keseluruhan undi pada pilihan raya semalam untuk menduduki jawatan Presiden Russia yang disandangnya dari 2000 hingga 2008 sebelum menjadi perdana menteri.
Pesaing terdekat beliau, Gennady Zyuganov yang juga pemimpin Parti Komunis, ketinggalan jauh di belakang dengan memperoleh 17 peratus undi.

Pemimpin pembangkang menjangka berpuluh ribu orang akan berhimpun di Medan Pushkin bagi menyuarakan bantahan ke atas kemenangan Putin.

Pihak berkuasa pada mulanya cuba menghalang tunjuk perasaan itu tetapi ia tetap diadakan dengan kawalan ketat.

Sementara itu, dalam satu langkah yang tidak dijangka, Presiden Dmitry Medvedev mengarahkan penilaian semula dibuat membabitkan hukuman ke atas jutawan Russia Mikhail Khodorkovsky yang dipenjarakan atas dakwaan rasuah.
Beliau ditahan pada 2003 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas dakwaan menipu, ketika Russia dibawah pimpinan Putin. Presiden itu turut membekukan saham syarikat cari gali minyak Yukos milik Khodorkovsky, sehingga menyebabkan kejatuhannya. Pembangkang sebelum ini mendakwa hukuman penjara ke atas Khodorkovsky bermotif politik.

Sementara itu Zyuganov menyifatkan pilihan raya itu dilaksanakan dengan cara yang ‘keji’ manakala kumpulan pemantau bebas menyatakan ia dicemari ribuan kes salah laku dan penipuan undi.

“Putin mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini, tetapi persoalan sama ada ia berlangsung secara adil belum selesai dan tetap dipertikaikan,” kata akhbar harian Vedomosti.

Pembangkang melahirkan kebimbangan mengenai masalah pengundian bertindih yang didakwa begitu banyak berlaku. Ramai pengundi didapati membuang undi di beberapa tempat berlainan sebagai pengundi tanpa hadir.

“Pengundian ini tidak boleh dianggap sah,” kata seorang pemimpin tunjuk perasaan Vladimir Ryzhkov kepada sebuah stesen televisyen tempatan selepas keputusan diumumkan.

Putin yang akan menyandang jawatan untuk tempoh enam tahun, akan kembali ke Kremlin ketika Russian berdepan perubahan sosial drastik, peningkatan golongan pertengahan dan ledakan penggunaan internet. – AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment