Pages

Wednesday, March 7, 2012

Tak kesal mohon maaf kes bakar al-Quran

Berita Harian Online | Tak kesal mohon maaf kes bakar al-Quran: WASHINGTON: Komander tentera NATO di Afghanistan berkata, beliau tidak kesal mengemukakan permohonan maaf kepada Afghanistan atas kejadian membakar al-Quran di pangkalan tentera Amerika dan menyuarakan harapan krisis insiden itu akan berakhir segera.

Ditanya dalam temuramah dengan ABC World News, mengenai kritikan sesetengah pihak di Amerika Syarikat terhadap permohonan maaf Presiden Barack Obama terhadap Kabul, Jeneral Amerika Syarikat, John Allen mempertahankan langkah itu dan ia berkemungkinan besar menyelamatkan nyawa.
“Mengapa tidak? Ini adalah ayat Tuhan bagi mereka. Mengapa kita tidak (memohon maaf)? Kita tidak melakukannya dengan sengaja tetapi kita perlu memohon maaf dan kita sudah lakukan,” kata Allen.
Beliau tetap dengan pandangan optimis bahawa protes disebabkan pembakaran al Quran akan segera berakhir dan hubungan Amerika dan Afghanistan bakal pulih daripada ketegangan ketika ini.

“Kami harap ketegangan berakhir. Hubungan ini sangat kuat dan kami rasa kekuatan hubungan ini menyebabkan kami berjaya melaluinya dan begitu juga hubungan jangka panjang di masa hadapan bersama.

“Saya dapat rasakan Presiden (Hamid Karzai) mahu terus melangkah ke hadapan,” katanya memberitahu wartawan ABC, Martha Raddatz.

Selepas salinan al-Quran dihantar ke satu insinerator di pangkalan udara Bagram dua minggu lalu, keganasan anti-Amerika mula tercetus menyebabkan 40 orang mati termasuk enam tentera Amerika.
Walaupun keganasan meletus, Allen berkata, beliau meminta anak buahnya supaya bersabar dan tidak bertindak membalas dendam atas serangan yang dilakukan tentera Afghanistan.

“Anda tahu, kuasa besar tidak akan marah, kuasa besar tidak membuat keputusan tergesa-gesa menghadapi krisis.

“Keadaan memang mencabar tetapi kita mampu melaluinya,” kata jeneral itu.
Tentera Amerika menegaskan, al-Quran dihantar ke insinerator dengan tidak sengaja dan kejadian itu tidak dirancang.

Isnin lalu, pejuang Taliban mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan yang membunuh sekurang-kurang dua orang awam di pangkalan Bagram berdekatan ibu negara Afghanistan, Kabul dengan berkata, ia adalah bagi membalas dendam terhadap insiden pembakaran al-Quran. – AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment