Pages

Monday, March 5, 2012

Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup

Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup - Global - Sinar Harian:
Stesen janakuasa nuklear tertua dunia ditutup

LONDON - Stesen janakuasa nuklear tertua dunia di Selatan Gloucester, Britain, ditutup minggu ini selepas 44 tahun digunakan tetapi akan mengambil masa kira-kira 90 tahun untuk dibersihkan.

Stesen Janakuasa Nuklear Oldbury dekat Thornbury membekalkan kuasa elektrik sejak 1967, ditutup reaktornya oleh kakitangan yang bertugas di situ.

Disebabkan faktor usia, penutupan stesen itu turut melibatkan kos sebanyak 954 juta pound (RM4.5 bilion) untuk kawasan 70.8 hektar yang perlu dibersihkan dengan harapan peringkat terakhir pembersihan dapat dilakukan antara 2092 dan 2101.

Stesen Oldbury memiliki dua reaktor menjana 435 mega­­wat tenaga elektrik setiap hari untuk bandar satu setengah kali ganda dari Bristol.

Reaktor kedua stesen itu telah ditutup ketika musim panas lalu dan reaktor yang masih kekal hanya menggu­nakan tinggalan bahan api yang sedikit.

Pengendali-pengendali Magnox berkata, operasi reaktor pertama mampu diteruskan sehingga peng­hujung 2012, tetapi terpaksa menutupnya berikutan masa­lah kewangan untuk empat bulan akan datang.

Selain itu, stesen nuklear baru, bersaiz enam kali ganda dari kapasiti Oldbury terletak hanya beberapa ratus meter dari stesen itu bakal dibuka pada 2025.

Kini, stesen janakuasa tertua dunia berpindah tangan kepada Beznau di Switzerland yang beroperai pada 1969.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment