Pages

Wednesday, March 7, 2012

Setiausaha dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketua penjara Russia

myMetro | Setiausaha dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketua penjara Russia: MOSCOW: Bekas setiausaha kepada pemimpin jabatan penjara di Russia mendakwa ketuanya itu melakukan serangan seksual ke atasnya, selain mengganggunya dengan panggilan telefon, lapor media tempatan semalam.

Akhbar Izvestia melaporkan, setiausaha yang tidak dinamakan itu mengaku kepada jawatankuasa siasatan Russia mengenai gangguan dilakukan bekas ketuanya itu.


Wanita itu berkata, dia beberapa kali menolak godaan Alexander Reymer “Selepas itu dia mengancam untuk memecat saya,” katanya.

Selepas beberapa kali cubaan Reymer meniduri wanita itu gagal, dia menunjukkan salinan panggilan telefon dilakukan mangsa yang didakwa diperoleh secara haram.


Mangsa kemudian dipaksa bersara selepas dua tahun diganggu, sebelum diusir dari apartmen rasminya. - AFP


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment