Pages

Friday, March 16, 2012

Serang gereja demi Ambon




         
JAKARTA: Pengganas Indonesia yang disabit bersalah berkata, suspek pengebom Bali, Umar Patek turut menyediakan bahan letupan yang digunakan dalam beberapa serangan ke atas gereja di Jakarta pada 2000 dalam perbicaraan mahkamah, semalam.

Eddy Setiono yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, memberitahu mahkamah Jakarta bahawa dia memandu kereta ke beberapa gereja pada malam Hari Natal pada 2000 manakala Umar “menyediakan” bom - dalam bentuk hadiah - di tempat duduk belakang.


Katany, bom itu dihantar ke gereja membunuh 19 orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Bercakap dalam perbicaraan Umar terhadap serangan gereja dan pengeboman di Bali pada 2002 yang membunuh lebih 200 orang, Eddy berkata, pasangan itu mahu membalas dendam atas kematian umat Islam di Ambon dan Poso di timur Indonesia.


Keganasan antara agama meragut lebih 6,000 nyawa umat Islam dan Kristian antara 1999 dan 2002 di dua bandar itu.


Kata Eddy, mereka melakukannya kerana Ambon. “Hati nurani kami mendorong tindakan itu,” katanya.

Umar, 45, menghadapi perbicaraan Februari lalu atas pelbagai tuduhan, termasuk pembunuhan, membuat bom dan memiliki senjata api secara haram. Sebagai seorang daripada suspek pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia, yang hidup hampir satu dekad menjadi buruan, penagkapan Umar membawa ganjaran AS$ 1 juta (RM3 juta) yang diatwarkan Amerika Syarikat. Dia diekstradisi ke Indonesia selepas ditahan pada Januari tahun lalu di bandar Abbottabad di Pakistan, di mana tentera AS membunuh ketua Al-Qaeda Osama bin Laden Mei tahun lalu.


Perbicaraannya dijangka berlanjutan hingga empat bulan apabila pendakwa raya mengemukakan bukti daripada 86 saksi. Pendakwa raya berkata mereka akan memohon untuk hukuman mati. - AFP

No comments:

Post a Comment