Pages

Thursday, March 22, 2012

Sekolah maafkan pelajar warna rambut


BRIANNA bersama Kevin ketika ditemui media di rumah mereka di Newark, Delaware.
BRIANNA bersama Kevin ketika ditemui media
 di rumah mereka di Newark, Delaware.
 


NEWARK: Sebuah sekolah di Amerika Syarikat yang melarang seorang pelajar gred 6 masuk ke kelas kerana mewarnakan rambut menjadi merah jambu dengan kebenaran ibu bapanya, mengizinkan murid berkenaan menyambung persekolahannya.

Pihak sekolah membuat keputusan itu kelmarin selepas tindakannya ke atas pelajar itu mendapat bantahan aktivis hak sivil.
Berikutan itu, Brianna Moore yang tidak bersekolah tiga hari akan kembali ke kelas di Sekolah Shue-Medill Middle di Newark, Delaware.
Pentadbir sekolah mengubah pendirian selepas mendapat panggilan daripada Kesatuan Hak Sivil Amerika (ACLU) cawangan Delaware. 

“Kami dalam perjalanan ke sekolah,” kata Kevin Moore ketika memandu anaknya yang berusia 12 tahun ke kelas. 

Kevin membenarkan anaknya mewarnakan rambut minggu lalu sebagai hadiah mendapat keputusan baik dalam ujian kelas.

Bagaimanapun, Brianna disuruh pulang selepas mewarnakan rambutnya yang ditetapkan melanggar peraturan sekolah. 
Dia dimaklumkan hanya boleh bersekolah apabila warna rambutnya mengikut dasar sekolah iaitu pelajar mestilah berambut coklat, perang, hitam atau merah asli. 

ACLU kemudian memberitahu peguam sekolah dengan bertanya “Tidakkah anda fikir ini semua melanggar perlembagaan,” kata Kathleen MacRae, pengarah eksekutif di Delaware. 

Brianna kemudian diminta kembali ke sekolah dan tidak akan dihukum. “Warna rambut tak lagi jadi isu,” kata jurucakap sekolah, Wendy Lapham. – Reuters

No comments:

Post a Comment