Pages

Wednesday, March 7, 2012

Russia tak puas hati deraf resolusi AS

myMetro | Russia tak puas hati deraf resolusi AS: "MOSCOW: Russia percaya ketetapan baru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Syria yang dilapor dirangka oleh Amerika Syarikat, tidak seimbang.

“Rangka baru Amerika Syarikat berkait dengan ketetapan Majlis Keselamatan mengenai Syria adalah versi yang telah diubahsuai sedikit daripada dokumen yang diveto. Ia sepatutnya lebih seimbang,” kata Timbalan Menteri Luar, Gennady Gatilov menerusi laman Twitternya, semalam.


Diplomat berkata minggu lalu, Washington dalam proses menyediakan deraf baru ketetapan menuntut Syria membenarkan misi kemanusiaan memasuki bandar raya negara itu.

Beribu-ribu penduduk dilapor terkorban dalam keganasan berikutan tindakan untuk menumbangkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.


Jika dikemukakan untuk diundi, ia adalah kali ketiga negara Barat berusaha untuk mendapatkan ketetapan Majlis Keselamatan mengenai krisis Syria selepas dua cubaannya diveto oleh Russia dan China.


Amerika Syarikat semalam berkata, ia berharap Moscow akan mengalih tumpuan kepada Syria selepas pilihan raya presiden negara itu berakhir. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment