Pages

Thursday, March 22, 2012

Russia bayangkan tarik sokongan ke atas Syria


       
MOSCOW: Russia berkata, Presiden Bashar al-Assad melakukan banyak kesalahan walaupun Moscow berkali-kali menyeru Syria berhenti bertindak ganas ke atas rakyatnya.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Moscow percaya pemimpin Syria bertindak balas secara salah pada peringkat awal lagi ketika mereka berhadapan protes rakyat negara itu.


“Langkah yang sewajarnya hanya diambil selepas keadaan terlalu lewat,” katanya kepada stesen radio Kommersant FM, semalam.

Komen Lavrov dibuat ketika Moscow menunjukkan tanda-tanda semakin jelas untuk menarik sokongan kepada Bashar selepas setahun konflik berlaku di Syria dan mengorbankan lebih 9,100 orang.


Sebelum ini, Russia menyatakan kesediaan menyokong kenyataan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai cadangan wakil khas badan dunia itu, Kofi Annan, bagi menamatkan krisis di Syria.


Minggu lalu, Lavrov mendakwa Bashar bertindak terlalu lembap melakukan reformasi di Syria. - AFP

No comments:

Post a Comment