Pages

Friday, March 23, 2012

Remaja cuba cederakan bayi luar nikah

myMetro | Remaja cuba cederakan bayi luar nikah:JAKARTA: Seorang ibu tunggal murung diletak di bawah pengawasan pihak polis setelah mencederakan bayi yang baru dilahirkan dengan pisau.
Ibu bayi itu, Siti Sundari, 18, melahirkan anaknya sendirian di bilik sewa di Cikeas Udik di Bogor, Jawa Barat, Jumaat lalu. 
Seorang anggota polis Gunung Putri yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata Siti, seorang pembantu rumah, dikatakan malu kerana melahirkan anak luar nikah.

“Nasib baik, jirannya terdengar suara bayi menangis lalu bergegas untuk menyelamatkan bayi itu. Dia kemudian melaporkan kes itu kepada polis,” katanya.

Bayi itu dirawat di Hospital Permata Cibubur kerana luka sepanjang 11.5 sentimeter di bahagian belakang tubuhnya sebelum dipindahkan ke Hospital Bandar Cibinong.

Jururawat di Hospital Bandar Cibinong, berkata bayi seberat 2.17 kilogram itu dalam keadaan baik. - Jakarta Post

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment