Pages

Saturday, March 17, 2012

Rayuan bawa hukuman mati

myMetro | Rayuan bawa hukuman mati:
SHAH ALAM: Seorang pekerja sebuah pusat kecantikan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar pil khayal Ecstasy seberat 464.1 gram, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmi Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Chin Kek Shen, 29, selepas mendapati pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah kes pendakwaan.

Chin didakwa mengedar 464.1 gram Methylenedioxymethamphetamine 3,4 (MDMA) atau pil khayal Ecstasy di Jalan Kenari 19A, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 8.30 malam, 3 Oktober 2007.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pada 12 Februari 2009, Chin mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah itu dan dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan Chin diperintahkan membela diri semula di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan asal.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment