Pages

Saturday, March 31, 2012

Puluhan ribu tunjuk perasaan di Sepanyol

Kosmo! Online - Dunia:



ORANG ramai berkumpul di bandar Valencia kelmarin kerana membantah pelan penjimatan oleh kerajaan Sepanyol.



MADRID - Puluhan ribu pekerja menyertai demonstrasi besar-besaran di sini dan beberapa bandar raya lain di Sepanyol kelmarin.
Tunjuk perasaan seluruh negara itu yang bertukar ganas, diadakan bagi membantah pelan penjimatan oleh kerajaan.
Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan mengumumkan penjimatan perbelanjaan sebanyak 27 bilion euro (RM110.5 bilion) dalam draf bajet 2012 dengan memotong perbelanjaan agensi kerajaan dan menaikkan cukai selain membekukan kenaikan gaji kakitangan awam.
Timbalan Perdana Menteri, Soraya Saenz de Santamaria berkata, bajet itu perlu walaupun ia pahit buat rakyat Sepanyol.
Menurutnya, Sepanyol tidak mahu muflis dan terpaksa memohon pelan penyelamatan ekonomi seperti yang berlaku kepada Greece.
Dalam pada itu, demonstrasi bertukar ganas di bandar kedua terbesar Sepanyol, Barcelona, apabila para penunjuk perasaan yang menutup muka memecahkan tingkap bank dan kedai dengan menggunakan tukul serta batu.
Di pinggir bandar raya Valencia pula, lalu lintas hampir lumpuh apabila apabila penunjuk perasaan membakar sejumlah tilam di sebuah lebuh raya berdekatan.
Kumpulan penunjuk perasaan turut melemparkan sebutir bom petrol ke atas sebuah kereta polis di bandar Murcia, Timur Sepanyol.
Setakat ini, polis menahan sebanyak 176 penunjuk perasaan di seluruh Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa, sejumlah 104 orang cedera dalam pergelutan yang berlaku termasuk 58 anggota polis.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam krisis rusuhan di negara Eropah itu. - AGENSI

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment